Thursday 29 November 2012

KARYA SENI HEBAT DARI PASIR

Ternyata pasir juga boleh dibuat menjadi sebuah karya seni yang sangat unik tentunya boleh untuk membuat karya seni yang unik dan aneh dari pasir perlu keterampilan khusus yang sangat luar biasa. Nah, Ini dia ada beberapa karya seni yang unik terbuat dari pasir berikut ini :







LIFE OF PI 2012 FULL MOVIE FREE DOWNLOAD




Life Of Pi adalah filem drama dan pengembaraan berdasarkan novel karya Yann Martel (2001) dengan menggunakan tajuk yang sama. Diarahkan oleh Ang Lee, filem ini dibintangi oleh Irrfan Khan, GĂ©rard Depardieu, Tabu, Suraj Sharma, dan Adil Hussain. Kesan visual pula oleh Rhythm & Hues Studios.

Sinopsis :
Nama penuh Pi adalah “Piscine Molitor” yang diberikan oleh ibu bapanya sempena nama kolam renang di Perancis. Dia menukar namanya kepada “Pi” apabila dia mula sekolah menengah, kerana dia telah diejek dengan nama samaran “pissing Patel”. Keluarganya memiliki sebuah zoo tempatan, dan Pi amat berminat untuk mendalami sifat haiwan terutamanya seekor harimau Bengal yang dinamakan Richard Parker (selepas kesilapan teknikal ).
Apabila dia 16 (dan mengalami cinta pertama), bapanya memutuskan untuk menutup zoo, dan berpindah ke Kanada disebabkan masalah politik di India. Mereka pergi dengan menggunakan kapal kargo Jepun yang kemudiannya karam di lautan kerana ombak besar. Pi cuba untuk mencari keluarganya, tetapi dicampak ke laut dengan bot penyelamat, dan kapal tersebut karam dan hanya dia seorang sahaja yang selamat.
Selepas ribut, Pi mendapati dirinya berada di dalam bot penyelamat dengan kuda belang yang cedera, orang utan yang kehilangan anaknya,dubuk dan juga harimau Bengal.
 Selepas minggu lagi di laut, mereka sampai ke sebuah pulau terapung alga yang boleh dimakan,  hutan kecil, air tawar, dan dipenuhi meerkats,  dan membolehkan Pi dan Richard Parker untuk makan dan minum dengan bebas dan mendapatkan semula kekuatan. Tetapi pada waktu malam pulau itu telah berubah menjadi kawasan air berasid yang bersifat karnivor dan mereka meninggalkan pulau itu.

Bot penyelamat mereka akhirnya sampai ke pantai Mexico. Apabila kembali ke darat, Richard Parker berjalan ke dalam hutan tanpa mengucapkan “selamat tinggal”. Pi dibawa ke hospital, di mana ejen insurans kapal pengangkut Jepun datang untuk mendengar kisahnya untuk jadikan laporan.Mereka mendapati cerita beliau yang luar biasa, dan meminta dia untuk memberitahu mereka apa “benar-benar” berlaku, Pi menukar ceritanya supaya kedengaran lebih realistik.
Review :
Terlebih dahulu saya ingin memberi pujian kepada seni grafik dan sinematografi Life Of Pi yang sangat-sangat cantik.Bagi anda yang meminati kisah drama dan penuh teladan serta skrip yang bermutu, kami galakkan anda menonton filem ini. Sama ada anda sudah atau tidak membaca buku Yann Martel ini, menonton filem 3D Life Of Pi merupakan pengalaman yang tak boleh anda lepaskan. Pada awal cerita, kita akan dihidangkan dengan babak Pi semasa kecil yang mencari ‘agama yang betul’. Ibubapa Pi cukup sporting dengan membenarkan Pi meneroka sendiri agama yang ingin dianutinya. Dia dilahirkan sebagai Hindu dan vegetarian, tetapi pada usia 12 tahun, dia diperkenalkan kepada agama Kristian dan kemudian Islam, dan mula mengikuti ketiga-tiga agama ini. Pi juga mempunyai cara tersendiri supaya dia tidak lagi diejek di sekolah dengan cara yang ‘luar biasa’.
Sebenarnya yang menyebabkan kapal kargo yang dinaiki Pi karam adalah mungkin kerana dia dengan tidak sengaja mencabar Tuhan untuk menurunkan lebih banyak hujan dan kilat. tetapi Pi tidak menceritakan kisah ini kepada ejen insuran Jepun apabila disoal siasat.
Pi  telah menjumpai makanan kecemasan dan catuan air pada bot, dan membina rakit kecil untuk dia tinggal di jarak yang selamat dari Richard Parker yang telah membunuh dubuk, apabila dubuk tadi membunuh kudang belang dan orang utan kerana kelaparan. Masa ini Pi telah menyedari bahawa dia mesti menyelamatkan dirinya daripada dimakan harimau lapar, Pi mula belajar memancing walaupun dia tak ada asas memancing langsung.
Pada satu malam, bot Pi telah dilanggar oleh ikan paus dan Pi kehilangan banyak bekalan, dan berhadapan dengan kebuluran. Selepas terlalu lama terkandas dilautan ,Pi menyedari bahawa dia tidak lagi boleh hidup di atas rakit kecil dan melatih Richard Parker untuk menerimanya di dalam bot yang sama supaya mereka bersama-sama dapat hidup lebih lama. Part yang paling best mungkin part Pi berdua dengan Richard Parker di atas bos penyelamat. Kat sini boleh tengok bagaimana PI cuba untuk ‘berkawan’ dengan Richard Parker dan juga bagaimana Richard Parker ni daripada harimau bengal liar, menjadi ‘sahabat’ Pi.

Pada babak akhir pula apabila Pi disoal siasat oleh ejen insuran Jepun, Pi terpaksa menukar ceritanya kerana kedengaran tidak logik. Fitrah manusia memang susah nak percaya dengan kisah yang luar biasa dan lain dari yang lain.
Cuma disebabkan penggunaan warna dan grafik dalam filem ini begitu terang, kepala jadi macam pening sikit lah. Mungkin juga efek lautan bergelora tu terlalu lama dan menyebabkan kepala rasa berpusing sikit. Secara keseluruhannya, filem ini memang worth watching kalau anda meminati ekspedisi yang lain dari yang lain serta minat efek dan grafik yang cantik.Bagi yang meminati filem aksi dan lasak, mungkin filem ini tak sesuai untuk anda kerana jalan ceritanya agak mendatar dan perlahan.

FREE DOWNLOAD HERE:

Dowmload From:
Download Link:

PAPAN HITAM MASA HADAPAN




 
Bilik Darjah Ala Star Trek Ganti Papan Hitam - DEBU kapur papan hitam dan timbunan buku latihan di atas meja mungkin lenyap dengan adanya bilik darjah masa depan.

Seramai 400 murid sekolah rendah di Britain berpeluang menerokai teknologi tinggi di sepanjang proses pembelajaran menerusi ‘Bilik Darjah Star Trek’ yang pelbagai sentuh dan bermeja pintar.

Meja pintar mereka dilengkapi perisian komputer oleh pakar di Universiti Durham, London.
 
 


Hasil kajian menunjukkan medium itu mampu meningkatkan tahap kecekapan matematik seseorang.

Kajian membuktikan menerusi meja interaktif pintar, penggunaan kertas juga dapat dikurangkan.
“Bilik Darjah Star Trek ini membantu dalam kegiatan berkumpulan dan memudahkan guru untuk melihat sama ada pelajar mereka tidak menipu dalam pembelajaran,” kata Ketua Penyelidik, Fakulti Pendidikan Universiti Durham, Profesor Liz Burd. – MailOnline
 
 

Wednesday 28 November 2012

RISE OF THE GUARDIANS FULL MOVIE FREE DOWNLOAD

Name : Rise of the Guardians (2012)

Genre : Animation | Adventure | Family

Director: Peter Ramsey

Writers: David Lindsay-Abaire (screenplay), William Joyce (book)

Stars :  Hugh Jackman, Alec Baldwin and Isla Fisher

Producer: Nancy Bernstein, Christina Steinberg

Release date: 21 November 2012 (USA)

                                          Watch The Trailer

Rise Of The Guardians 2012 FULL MOVIE Download Here:
Download From
part 1
part 2

Tuesday 27 November 2012

PENJENAYAH DIKEHENDAKI SANGGUP SERAH DIRI DEMI BERGAMBAR DENGAN SAIFUL APEK

Hahaha,sungguh pelik tetapi benar...pengaruh Apek sungguh kuat sehinga peminat sanggup mengaku dirinya penyamun dan ingin bergambar dengan Saiful Apek.

Bukit Mertajam: Seorang penjenayah sanggup menyerah diri kepada polis selepas teruja ditahan pelawak dan pelakon, Saiful Apek, yang mengedarkan risalah cegah jenayah dalam sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, di sini. 

Lelaki berusia berusia dalam lingkungan 20-an yang menunggang motosikal itu mengakui dia dikehendaki polis selepas ditahan Saiful Apek atau nama penuhnya, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, kira-kira jam 12.30 tengah malam, Jumaat lalu. 


Sejurus membuat pengakuan itu, suspek turun daripada kenderaannya sebelum meminta izin bergambar bersama Saiful Apek. 



Pemeriksaan polis kemudian mengesahkan suspek dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam kes samun. 

Saiful Apek berkata, dia pada mulanya hanya memberikan risalah kepada lelaki terbabit dan terkejut apabila lelaki itu memberitahu mempunyai rekod dikehendaki pihak polis dan rela ditahan asalkan dapat bergambar. 

Dia segera memberhentikan motosikalnya di bahu jalan sebelum menyerahkan kad pengenalan kepada polis dan meminta izin bergambar dengan saya sebelum ditahan. 

Saya terkejut dengan kejujuran lelaki itu dan tidak mampu berkata apa-apa melainkan menuruti hasratnya untuk bergambar sementara polis membuat pemeriksaan lanjut, katanya ketika menyertai Ops Bayan Pasukan Gerakan Am (PGA) Pulau Pinang di Jalan Permatang Tinggi, di sini, kelmarin. 
Saiful Apek berkata, pembabitan artis dalam aktiviti sebegini satu langkah bijak kerana mereka mempunyai peminat pelbagai lapisan masyarakat, selain dapat memberikan pendedahan sebenar mengenai tugas polis kepada artis. 

Saya yakin apabila kami mengedarkan risalah yang bertanda tangan, orang ramai tidak sekadar membaca risalah itu malah menyimpan sebagai kenangan, katanya.

GAMBAR SELEBRITI SEKITAR SIDANG MEDIA ABPBH 2012

KilafairyPengundian untuk finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) sudah pun bermula selepas pengumuman pencalonan awal diadakan di Holiday Villa Hotel & Suite, Subang Jaya baru-baru ini.

Pengumuman telah dibuat oleh Shamsul Azree Samshir, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2012 merangkap Pengarah Hiburan Berita Harian.

Bertemakan Ledakan Geometri, acara gilang-gemilang kali ini bertukar lokasi apabila ia bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 7 April 2013.

Ramai selebriti tempatan popular turut menghadiri ketika sidang media pengumuman diadakan baru-baru ini.

                                                                      Aaron Aziz

                                                                           Fizz Fairuz

                                                                           Wawa Zainal

                                                                           Zalif Sidek

                                                                             Asmidar

                                                                          Fasha Sandha 

                                                                         Emma Maembong

                                                                          Hanez Suraya
                                                                          Zizan Razak

                                                                           Aliff Aziz

                                                                           Forteen

                                               Didie Alias (kanan) bersama Along Cham ketika sidang media
                                                                                       pengumuman pencalonan awal ABPBH 2012.


                                                Antara selebriti yang hadir ketika sidang media pengumuman
                                                                                                      pencalonan awal ABPBH 2012.




FIZO OMAR TAK TAHU MENYANYI, SERTAI TEATER SEBAGAI PELENGKAP KARIER



Tak ramai selebriti yang mempunyai pelbagai kemahiran apabila mula berkecimpung dalam bidang seni. Lain pula pada Fizo Omar, artis kelahiran Kelantan ini sememangnya mempunyai nama yang kukuh didalam industri apabila sering dilihat menjadi pengacara, pelakon drama mahupun pelakon filem.
Ketika ditemui di sidang akhbar pementasan teater muzikal ‘Ali Baba’, Istana Budaya, Fizo yang bakal memegang watak sebagai Ali Baba dalam pementasan ini memberitahu bahawa ini adalah kali kedua dia menyertai pementasan teater. Dia turut memberitahu bahawa cabaran untuk pementasan teater kali ini adalah dari segi nyanyian.
“Menyanyi merupakan satu cabaran untuk saya, mungkin dalam masa sebulan boleh perbaiki kemahiran menyanyi. Tapi untuk ‘perfect’ itu, tak ada lah,” ujar pelakon berusia 27 tahun ini.
Fizo turut memberitahu bahawa penyertaannya dalam teater adalah sebagai pelengkap kerjayanya didalam bidang seni.
“Saya punya perancangan kerja sebagai pengacara, pelakon drama dan pelakon filem. Jadi, teater ini adalah satu-satunya persembahan saya diatas pentas dan ia juga sebagai pelengkap karier saya,” jelas Fizo lagi.
Dalam pada itu, teater muzikal ‘Ali Baba’ bakal menggandingkan Fizo Omar bersama Aznil Nawawi dan juga Elfira Loy sebagai teraju utama. Teater ini diadaptasi dari naskhah asal filem arahan Allahyarham P.Ramlee.
Tiket pementasan teater muzikal Ali Baba yang berharga RM30, RM50, RM70 dan RM100 boleh ditempah menerusi talian, 03-40265558 atau layari www.ticket2u.biz.

FAIZAL TAHIR BAKAL MERIAHKAN MINI KONSERT AMAL 'UNTUKMU PALESTIN'



Walaupun jauh beribu batu, namun suara rintihan dan kesengsaraan hidup rakyat Palestin yang terus ditindas oleh rejim Zionis tidak pernah dipandang ringan oleh rakyat Malaysia. TV3 dengan kerjasama Primeworks Studios bakal menerbitkan mini konsert amal ‘Untukmu Palestin’ pada 29 November 2012 (Khamis) yang akan disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam bermula jam 11.00 malam.
‘Untukmu Palestin’ akan bersiaran selama satu jam menampilkan barisan artis hebat seperti Faizal Tahir selaku teraju utama dan turut ditemani oleh Aizat, Kumpulan Raihan, Hafiz Hamidun, Noh Salleh (Hujan), Tomok dan Misha Omar.
Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad dan inisiatif murni untuk membantu ribuan mangsa serangan tentera Israel, mini konsert ini merupakan platform terbaik untuk menyeru dan mengajak orang ramai termasuklah badan-badan korporat untuk beramal melalui sumbangan terus kepada tabung khas ini.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Untukmu Palestin pada hari Khamis (29 November 2012) secara langsung di TV3 pada jam 11.00 malam. Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan pada malam itu ialah Zikir Terapi – Astaghfirullahal’azim, Untukmu Palestin, Kembara Di Tanah Gersang, Kau Yang Satu, Kembara, Erti Hari Ini, Anti Graviti dan Insyallah.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sumbangan mereka ke Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad, menerusi akaun Maybank 5642 7651 0331. Layari Facebook & Twitter TV3MALAYSIA untuk mendapatkan berita terkini.

Monday 26 November 2012

VIDEO MENARIK.. BELAJAR BAHASA MELAYU


AJIBOY 2012 FULL MOVIE FREE DOWNLOAD

Filem terbaru arahan Ismail Bob Hasim, Ajiboy menampilkan Rykal Iskandar sebagai Ajiboy di samping para pelakon yang terkenal seperti Angah Raja Lawak, Zalif Sidek, Epy Kodiang, Adibah Yunus dan ramai lagi. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk menonton filem ini di pawagam, boleh download Ajiboy 2012 Full Movie di sini.

Sinopsis Filem Ajiboy

Mengisahkan seorang kanak-kanak yang genius dan petah berkata-kata yang diamanahkan oleh ayahnya En Fauzan untuk menjaga dan menguruskan Taman Tema Air Melaka buat sementara waktu. Oleh kerana dirinya yang masih kecil, kemampuannya di ragui oleh Along dan Bob. Along dan Bob merupakan dua orang Head Supervisor di Taman Tema tersebut yang sentiasa mengambil kesempatan atas jawatan yang mereka seperti memberikan barang – barang percuma untuk menarik perhatian pengunjung wanita. Kehadiran Irfan dalam menggantikan jawatan En Fauzan dipandang remeh oleh mereka sehinggalah Irfan mengenakan tindakan terhadap mereka. Apakah kesudahannya? Sama-sama kita nantikannya.



Download AJIBOY 2012 full movie :

Part 1 :
ajiboy part 1

Part 2 :
ajiboy part 2

Sunday 25 November 2012

BUAH YANG HAMPIR PUPUS



Inilah buah anggur versi malaysia.. Namanya KERIANG DOT.. Atau qheryiang dot.. Tapi kebanyakannya terdapat kat area UTARA je..  Buah ini di gemari sebab rasanya yang unik..  Numun buah ini sudah hampir pupus..




Berikut adalah keratan Akhbar mengenai buah ini..



   Buah keriang dot semakin pupus

    JERLUN 14 Mei – Bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung di utara tanah air pasti mengenali buah keriang dot yang mempunyai bentuk yang hampir sama dengan buah anggur.

    Jika dahulu pokok keriang dot mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung namun kini buah ini semakin sukar diperoleh.Mungkin juga generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokoknya semakin pupus.Pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan.

    Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.Ibrahim Mansur, 51, berkata, pokok keriang dot di halaman rumahnya sudah berusia hampir 20 tahun. ”Ayah saya yang menanam pokok ini dan kami memang tertunggu-tunggu apabila tiba musim buah keriang dot.

    “Rasanya yang unik dan jarang ditemui menyebabkan rumah saya menjadi tumpuan apabila tiba musim buah ini,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Tempayan Pecah di sini baru-baru ini. Menurut Ibrahim, anak-anak kecil di kampung lebih mengenali buah ini dengan nama ‘anggur Malaysia’ kerana gugusan buah keriang yang masak kelihatan sama dengan buah anggur.

    Katanya, selain mempunyai rasa yang enak buah ini juga berkesan bagi membantu pesakit kencing manis mengurangkan kadar gula dalam darah mereka. ”Bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis, mereka tidak perlu bimbang untuk menjamah buah ini kerana ia tidak mempunyai kesan yang buruk bagi penghidap penyakit ini. ”Biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum,” jelasnya.

    Ibrahim menambah, buah keriang dot semakin sukar diperoleh kerana pokok keriang semakin pupus. ”Buah ini mempunyai khasiat daripada segi perubatan dan buah ini boleh dikomersialkan jika kajian saintifik mengenai khasiatnya dijalankan secara menyeluruh. “Saya amat mengalu-alukan jika ada pihak yang mahu menjalankan kajian bagi mengetahui rahsia di sebalik buah keriang dot,” ujarnya.







Rasa :
Rasa manis-manis kelat. Kalau nak manis tu mesti betul-betul ranum. Oleh kerana warnanya hitam sukar juga nak tentukan yang ranum betul. Kecuali yang muda berwarna hijau kemudian merah dan seterusnya masa berwarna hitam
Nak lagi power rasa dia, rendam dalam air garam.. PERRHHH.. TERBAIEKK LAA..

Tapi buah ni dah susah dapat dah skang ni..  pokok yang tingal pun rasanya ada 2 or 3 pokok je lagi..  

So, hargai la buah tinggalan nenek moyang kita ni..