Di Malaysia, kalau kita dengar ada yang makan darah ular, kucing dan
katak pun sudah cukup meloyakan tekak. Tetapi di negara luar lebih
dasyat lagi apa yang mereka makan. Mungkin bagi penggemar makanan
eksotik, itu adalah sesuatu yang sangat lazat dan mampu membuatkan
mereka kecur liur.
Berikut ialah 10 makanan yang menjijikkan dan negara yang paling banyak mempunyai makanan jijik ialah negara China.
1. Burger “Cindil” – China.
Cindil atau nama lainnya anak tikus yang baru lahir dipercayai boleh
menambah stamina dan membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat. Selain
itu, cindil juga dikatakan mempunyai kandungan protein yang sangat
tinggi. Khabarnya, cindil juga boleh mengubati pelbagai macam penyakit,
dan salah satunya adalah asma. Di negara China, penyajian cindil
beraneka macam dan salah satunya adalah dalam bentuk burger.
2. Otak Monyet Hidup – China.
Otak monyet yang masih hidup kononnya boleh mengubati masalah kekuatan
seksual lelaki. Selain itu juga, dapat menambah stamina. Di China,
dipercayai bahawa otak monyet yang masih hidup (otaknya yang masih
berdenyut) merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati masalah
kekuatan batin. Monyet yang masih hidup dimasukkan ke dalam karung,
kemudian di pukul kepalanya sampai pengsan dan mestilah dipastikan
monyet itu masih hidup. Kemudian kulit kepala bahagian atas dikuliti dan
di belah tengkoraknya untuk diambil otaknya mentah-mentah dan di makan
dengan menggunakan straw. Di Indonesia juga terdapat kawasan-kawasan
yang menjual makanan seperti ini, seperti Sulawesi, Medan, Lampung, Jawa
Timur, dan Kota Jakarta
3. Daging Tikus Goreng – China.
Tikus-tikus yang biasanya didapati berkeliaran di sawah para petani ini
yang biasanya menjadi hidangan sebagai lauk oleh kebanyakan orang-orang
di negara China. Daging tikus yang telah disembelih dan diperap akan
digoreng dan dijadikan santapan. Daging tikus dipercayai mempunyai
kandungan protein yang tinggi yang baik untuk kesihatan.
4. Ulat Rebus – Botswana.
Suku kaum di pedalaman Botswana dikatakan gemar menyantap ulat-ulat
Mapone sebagai menu makan hampir setiap hari. Ulat-ulat yang telah
dikumpulkan akan dimasak dengan menggunakanbahan perasa untuk
menambahkan kesedapannya dan disantap bersama-sama dengan nasi.
5. Soya Busuk – China.
Hampas soya yang dijemur sehingga keluar bau busuk dan kering akan
diproses untuk dijadikan menu makanan, dan ianya hanya terdapat di
negara China sahaja.
6. Telur Rebus Mengandungi Janin Itik – Filipina.
Di negara Filipina, telur itik yang telah mencapai umur 2 minggu atau
yang telah berubah menjadi janin akan dimasak atau direbus lalu
dijadikan santapan dan dimakan dengan sos dan kicap masin. Telur seperti
ini dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang mampu
menambahkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.
7. Sperma Ikan Cod di Negara Asia Timur.
Di wilayah Asia Timur, segumpalan sperma ikan Cod boleh diproses
sedemikian rupa menjadi menu santapan di hotel-hotel berbintang dan di
restoren restoren mewah di bandar-bandar dengan harga yang sangat mahal.
8. Sos dari Sperma Ikan Emas – Hungaria.
Di negara Hungary, sperma ikan emas akan diproses dan dicampur dengan susu untuk dijadikan sos dan disajikan bersama sup ayam.
9. Steak Daging Buaya di – Singapura.
Di negara Singapura, daging buaya kebanyakannya anak buaya akan diproses
menjadi steak buaya. Daging-daging buaya terutama bahagian paha tangan
dan kaki akan disajikan bersama kentang goreng sama seperti steak daging
lembu yang kita biasa lihat. Hanya restoran-restoran tertentu di
Singapura yang menyajikan menu istimewa ini.
10. Bola Mata Ikan Tuna – Jepun.
Di Jepun, bebola mata ikan Tuna yang masih mentah atau yang sudah
dimasak akan disantap sebagai snek di waktu lapang. Bebola mata ikan
Tuna dipercayai boleh menambah stamina ketika sedang melakukan aktiviti
lasak lebih kurang seperti minuman isotonik.
Menggelikan! Tetapi bagi mereka itulah sajian paling sedap dan paling
nikmat untuk disantap bersama ahli keluarga. Tidak pasti pula sejauh
mana khasiat makanan itu walaupun di khabarkan boleh membantu mengubati
pelbagai penyakit dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan badan.
No comments:
Post a Comment