Gula-gula sememangnya sinonim dengan
kanak-kanak mahupun orang dewasa, pendek kata kebanyakkan antara kita
memang menyukainya dan mungkin hanya segelintir sahaja yang tidak
menyukai makanan manis ini. Kali ini akan dikongsikan suatu tempat yang
pasti akan disukai oleh penggemar gula-gula.
Dubai merupakan
salah satu kota yang berkembang tercepat di dunia dan juga sebagai kota
metropolitan yang sibuk. Dubai selalu penuh dengan kehidupan dan
dipenuhi dengan aktiviti dan anda tidak boleh memaksa diri anda untuk
tidur di bandar kehidupan ini. Pelancongan adalah industri yang
berkembang pesat di Dubai dan ada begitu banyak hal bagi pelancong untuk
dilakukan di Dubai, bahawa tidak ada jumlah waktu yang akan cukup untuk
melawat setiap daya tarikan bandar ini.
Jadi di sini di
kumpulkan senarai beberapa tempat pelancongan terbaik di Dubai.
Percayalah bahawa sangat sukar untuk mencari tempat yang menakjubkan
seperti di Dubai yang penuh dengan perkara yang luar biasa.
Lagi-lagi
Dubai menarik dunia dengan membuat kedai gula-gula terluas di dunia yg
dinamakan Candylicious. Luas kedai tersebut mencapai 10.000 kaki.
Canopy’a adalah lollipops yang besar-besar dan tersedia juga “pick and
mix” dinding (yang juga terbesar di dunia), jadi kita boleh ambil coklat
atau gula-gula yang ada di dinding dengan warna yang kita suka! Juga
gula-gula M&Ms yg membuatkan pengunjung teringat akan era 80-an.
Konsep
Candylicious sendiri adalah fantasi, santai and memori masa kecil ,
digabungkan konsep kedai gula-gula dengan imaginasi termaju di dunia.
No comments:
Post a Comment