Sunday 10 February 2013

Lukisan Yang Menjulingkan Mata, 3D Street Arts

Apa itu 3D Street Arts? Ia adalah seni lukisan yang dilukis dalam keadaan 2D dimension di atas jalan yang mendatar. Dari segi pandangan sisi korang , atau biler you all view in certain perspective, lukisan yang dilukis dalam keadaan 2D itu akan kelihatan seperti 3D.













Telefon 'Terkini' Yang Dicipta Di Tapak Kasut

Seorang pereka berusia 41 tahun, Sean Miles telah menghasilkan hasil rekaan terbarunya dengan mengabungkan telefon lama dengan kasut. Telefon kasut ini dijual pada harga RM10,000 sepasang. Untuk yang lebih kaya, boleh letak GPS.







Saturday 9 February 2013

"Lykan Hypersport", Supercar Pertama Buatan Negara Arab

Sebuah kereta buatan firma Lebanon, W Motors yang bernilai £2.2 juta (RM10.65 juta) dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Qatar di sini kelmarin.

Menurut akhbar dalam talian MailOnline semalam, kereta sport LykanHypersport itu lebih mahal berbanding Bugatti Veyron yang berharga £1.5 juta (RM7.26 juta). Ia merupakan kereta sport pertama buatan negara Arab.

Bagaimanapun, LykanHypersport masih belum dapat menandingi kelajuan Bugatti Veyron.Kereta sport LykanHypersport mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 2.8 saat. Kelajuan maksimum kereta itu ialah 395 km/j.

Kereta sport Bugatti Veyron pula mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 2.5 saat. Kelajuan maksimum kereta itu ialah 431.072 km/j.






Rainbow Eucalyptus - Pokok Berwarna Pelangi

Pohon ini dinamakan Pokok Pelangi atau nama saintifiknya Rainbow Eucalyptus dan ia juga umumnya dikenali sebagai Eucalyptus Deglupta, Gum Mindanao, atau Gum Rainbow. Pokok ini boleh dijumpai tumbuh meliar di New Britain, New Guinea, Ceram, Sulawesi dan Mindanao. Rainbow Eucalyptus, adalah sejenis pohon kayu putih yang boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 70 meter. Pokok ini sedang ditanam secara meluas di seluruh dunia, terutamanya untuk digunakan dalam industri pembuatan kertas dan permbuatan produk kayu.

Rahsia Pokok Pelangi Rainbow Eucalyptus ini yang kelihatan berwarna warni ini sebenarnya cukup mudah. Ia terjadi kerana melalui proses penggantian kulit pokok. Kulit pokok ini setiap tahun akan menjalani proses penggantian kulit yang baru setiap masa, tetapi proses penggantian itu tidak terjadi secara total sebaliknya secara berperingkat mengikut area - area tertentu.

Sebagai contohnya penggantian kulit yang pertama akan menghasilkan warna kehijauan, lalu penggantian kulit kedua yang berwarna hijau akan berubah menjadi kebiruan kemudian oren, ungu dan merah. Proses yang terjadi secara berperingkat pada bahagian - bahagian tertentu batang pokok inilah yang telah menciptakan efek pelangi yang membuatkan pohon-pohon ini kelihatan berwarna warni seperti pelangi sehingga ia dinamakan Pohon Pelangi di dalam Bahasa Melayunya.









BUGATTI GANGLOFF

Bugatti Type 57 SC Atalante Coupe yang dihasilkan pada tahun 1938 ialah antara kereta Bugatti yang dianggap lagenda. Pawel Czyżewski seorang jurureka automotif menghasilkan konsep Bugatti Gangloff di bawah bedasarkan rekaan kereta lagenda ini.

#RIM saiz 23' fuh





Formasi Garam Yang Unik Di Laut Mati

Laut Mati yang terletak di lembah Jordan merupakan laut yang paling masin di dunia dan tanah paling rendah di bumi. Ianya terletak pada 423 meter dibawah paras laut dan mempunyai kedalaman 377 meter yang membuatkan Laut Mati menjadi laut masin paling dalam di dunia. Laut ini merupakan 8 kali lebih masin dari laut lain di dunia. Ketumpatan garam yang tinggi di dalam laut ini telah menyebabkan terbentuknya formasi garam yang unik di laut tersebut.

 Jom kita belajar sesuatu. Sekolah mana ada ajar semua ni











4 Sebab Kenapa Tidak Elok Makan Roti


Berikut adalah alasan mengapa anda tidak boleh terlalu banyak makan roti, seperti dinyatakan oleh Times of India (16/01).

1. Tidak bernutrisi

Tidak seperti makanan lain, terutamanya roti putih tidak mengandungi nutrisi. Dengan memakan roti, anda tidak akan mendapatkan serat atau manfaat dari gandum yang lengkap yang ada di dalamnya. Meskipun begitu, roti yang dibuat dari gandum masih mengandungi sedikit nutrisi. Jadi, jika anda ingin mengambil roti untuk mendapatkan nutrisi, pilihlah roti gandum.

2. Terlalu banyak garam

Kebanyakan roti, terutamanya roti hasil daripada proses yang dibeli di supermarket, mengandungi banyak garam dan natrium. Jadi, jika anda mengambil roti, jangan lupa untuk selalu menghitung natrium yang ada di dalamnya. Tentu saja mengambil satu atau dua lapisan roti tawar tidak akan berbahaya. Namun akan lebih baik jika anda membuat dan memanggang roti sendiri di rumah, tanpa menggunakan terlalu banyak garam.

3. Boleh gemuk


Karbohidrat, garam, pengganti gula, dan bahan pengawet yang ada dalam roti boleh membuat berat badan bertambah. Jadi jangan terlalu banyak mengambil roti jika ingin menjaga berat badan. Makan roti sesekali tidak bermasalah, namun pilihlah roti yang sihat.

4. Tidak puas

Meskipun mengenyangkan, namun roti tidak boleh membuat anda puas kerana kurangnya nutrisi di dalamnya. Selain itu, roti juga tidak mengenyangkan jika hanya diambil sedikit.

Itulah beberapa sebab anda tidak boleh terlalu selalu makan roti. Daripada makan roti, lebih baik anda mengambil makanan yang lebih bernutrisi dan baik untuk kesihatan tubuh.

Kilang Terbakar Menjadi Beku Selepas Disiram Oleh Bomba di Chicago

Sebuah kilang yang tidak digunakan lagi di Chicago telah terbakar. Sekumpulan 170 orang bomba telah datang untuk memadamkan api. Well, apa akan terjadi sekiranya kebakaran berlaku semasa musim salji?

#Mother nature WIN!