Sunday 30 December 2012

Gambar Ilusi Kreatif yang Mengejutkan Terbaik 2012






Gambar ilusi kreatif, 3D dihasilkan oleh pelukis profesional. Lukisan kreatif 3D sangat menakjubkan, bukan sahaja diatas kertas tetapi juga di kaki lima dan atas jalan. Mereka mampu mencipta idea yang sangat unik menghasilkan lukisan supaya betul-betul realistik. Berikut 10 gambar ilusi kreatif yang sangat mengejutkan dan pada saya ianya terbaik 2012.











Jongkong Emas Bank Of England Bernilai RM750 Billion

Inilah gudang simpanan emas bank of England yang dikatakan mempunyai jumlah simpanan jongkong emas bernilai RM 750 billion! 

Info tambahan:

Terdapat berpuluh ribu jongkong emas yang disimpan di sini dengan setiap satunya bersaiz 28lb dan berketulenan 24 karat. Jumlah jonkong emas itu dikatakan seberat 4,600 tan.

Gudang ini dibina di bawah tanah dengan ketebalan dinding gudang sehingga beberapa meter di bawah jalan raya yang sibuk di London. Ia dikatakan berada di lokasi Old Lady of Threadneedle, di mana ibu pejabat Bank of England's City of London berada.

Untuk fakta, apa yang anda saksikan dalam gambar-gambar di bawah ini hanyalah satu per dua puluh dari keluasan sebenar gudang emas ini. Keluasannya adalah lebih besar dari keluasan bangunan tertinggi di London, Tower 42.

Bayangkan saja, untuk membuka pintu masuk ke gudang ini, anda memerlukan sebatang kunci yang bersaiz 3 kaki panjang. Itu belum lagi termasuk pelbagai tahap sekuriti canggih yang ada di situ.







Labah-Labah Tarantula Merupakan Makanan Kegemaran di Kemboja

Kalau anda ada peluang untuk melawat Kemboja, anda patut ke bandar Skuon untuk merasa makanan kegemaran mereka di situ. Makanan tersebut adalah labah-labah tarantula goreng yang ranggup. Menurut mereka di sini, makanan ini telah menjadi kegemaran sejak dari jajahan komunis lagi.Sebab utama labah-labah ini menjadi makanan adalah kerana proteinnya yang tinggi.









 

ISTANBUL CAMLICA MOSQUE : MASJID CENGKERANG SIPUT

Masjid Cengkerang Siput

Istanbul Camlica Mosque ialah sebuah konsep masjid moden yang dicadangkan dibina di Istanbul Turki. Ianya mampu memuatkan 30 000jemaah di dalam ruang solat sebesar 45 506 meter persegi. Masjid ini kelihatan seperti kulit kerang dan sangat berbeza dari rekaan masjid konvensional. Camlica direka oleh firma rekaan SN Architechs. Rekaan dindingnya pula dihiasi oleh corak Turki Othmaniah tradisional.






Thursday 27 December 2012

COOL - BIOLITE : DAPUR BERKELAH UNTUK GEEKS

BioLite ialah dapur memasak tapak perkhemahan yang pasti disukai geeks. Selain digunakan untuk memasak, ia boleh menjana kuasa elektrik dari haba dapur. Oleh itu anda boleh mengecas semula telefon bimbit atau menyampung lampu LED USB secara terus.


 

10 Makanan Paling Jijik di Dunia!

Di Malaysia, kalau kita dengar ada yang makan darah ular, kucing dan katak pun sudah cukup meloyakan tekak. Tetapi di negara luar lebih dasyat lagi apa yang mereka makan. Mungkin bagi penggemar makanan eksotik, itu adalah sesuatu yang sangat lazat dan mampu membuatkan mereka kecur liur.
Berikut ialah 10 makanan yang menjijikkan dan negara yang paling banyak mempunyai makanan jijik ialah negara China.
 
 
1. Burger “Cindil” – China.
 Cindil atau nama lainnya anak tikus yang baru lahir dipercayai boleh menambah stamina dan membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat. Selain itu, cindil juga dikatakan mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi. Khabarnya, cindil juga boleh mengubati pelbagai macam penyakit, dan salah satunya adalah asma. Di negara China, penyajian cindil beraneka macam dan salah satunya adalah dalam bentuk burger.
 
 
2. Otak Monyet Hidup – China.
 
 Otak monyet yang masih hidup kononnya boleh mengubati masalah kekuatan seksual lelaki. Selain itu juga, dapat menambah stamina. Di China, dipercayai bahawa otak monyet yang masih hidup (otaknya yang masih berdenyut) merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati masalah kekuatan batin. Monyet yang masih hidup dimasukkan ke dalam karung, kemudian di pukul kepalanya sampai pengsan dan mestilah dipastikan monyet itu masih hidup. Kemudian kulit kepala bahagian atas dikuliti dan di belah tengkoraknya untuk diambil otaknya mentah-mentah dan di makan dengan menggunakan straw. Di Indonesia juga terdapat kawasan-kawasan yang menjual makanan seperti ini, seperti Sulawesi, Medan, Lampung, Jawa Timur, dan Kota Jakarta
 
3. Daging Tikus Goreng – China.
 
Tikus-tikus yang biasanya didapati berkeliaran di sawah para petani ini yang biasanya menjadi hidangan sebagai lauk oleh kebanyakan orang-orang di negara China. Daging tikus yang telah disembelih dan diperap akan digoreng dan dijadikan santapan. Daging tikus dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang baik untuk kesihatan.
 
 
4. Ulat Rebus – Botswana.
 
 
Suku kaum di pedalaman Botswana dikatakan gemar menyantap ulat-ulat Mapone sebagai menu makan hampir setiap hari. Ulat-ulat yang telah dikumpulkan akan dimasak dengan menggunakanbahan perasa untuk menambahkan kesedapannya dan disantap bersama-sama dengan nasi. 
 
 
5. Soya Busuk – China.
 
Hampas soya yang dijemur sehingga keluar bau busuk dan kering akan diproses untuk dijadikan menu makanan, dan ianya hanya terdapat di negara China sahaja.
 
6. Telur Rebus Mengandungi Janin Itik – Filipina.
 
 Di negara Filipina, telur itik yang telah mencapai umur 2 minggu atau yang telah berubah menjadi janin akan dimasak atau direbus lalu dijadikan santapan dan dimakan dengan sos dan kicap masin. Telur seperti ini dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang mampu menambahkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.
 
 7. Sperma Ikan Cod di Negara Asia Timur.
 
Di wilayah Asia Timur, segumpalan sperma ikan Cod boleh diproses sedemikian rupa menjadi menu santapan di hotel-hotel berbintang dan di restoren restoren mewah di bandar-bandar dengan harga yang sangat mahal.
 
8. Sos dari Sperma Ikan Emas – Hungaria.
 
Di negara Hungary, sperma ikan emas akan diproses dan dicampur dengan susu untuk dijadikan sos dan disajikan bersama sup ayam.
 
9. Steak Daging Buaya di – Singapura.
 
Di negara Singapura, daging buaya kebanyakannya anak buaya akan diproses menjadi steak buaya. Daging-daging buaya terutama bahagian paha tangan dan kaki akan disajikan bersama kentang goreng sama seperti steak daging lembu yang kita biasa lihat. Hanya restoran-restoran tertentu di Singapura yang menyajikan menu istimewa ini.
 
10. Bola Mata Ikan Tuna – Jepun.
 
Di Jepun, bebola mata ikan Tuna yang masih mentah atau yang sudah dimasak akan disantap sebagai snek di waktu lapang. Bebola mata ikan Tuna dipercayai boleh menambah stamina ketika sedang melakukan aktiviti lasak lebih kurang seperti minuman isotonik.
Menggelikan! Tetapi bagi mereka itulah sajian paling sedap dan paling nikmat untuk disantap bersama ahli keluarga. Tidak pasti pula sejauh mana khasiat makanan itu walaupun di khabarkan boleh membantu mengubati pelbagai penyakit dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan badan.
     
 

Monday 24 December 2012

Bagaimanakah rupa kedai pertama McDonald?




Hari ini, siapa yang tak kenal McDonald's? Perusahaan yang mampu menjual 75 hamburger setiap saat di 31000 lokasi pada 18 negara. Bahkan anak-anak sudah hafal dengan logonya yang khas berwarna kuning. Namun, siapa sangka bahawa dulunya McDonald's juga bermula dari sebuah kedai barbeque kecil di San Bernardino, California, yang dibuka oleh dua bersaudara. Mereka menggunakan peralatan dari perak dan seramik dalam kedai barbeque pertama ini.
Bukan seperti yang disangkakan ramai orang, McDonald's bersaudara ini kemudian mengalami bangkrup dan kemudian membuka usaha mereka kembali lapan tahun kemudian. Mereka mengganti semua peralatan perak dan seramik dengan kertas dan gelas plastik. Mereka kemudian menggantikan barbeque dengan burger, kentang goreng, dan minuman ringan pada tahun 1940-an. Seperti inilah bentuk kedai McDonald's pada masa itu.

Koleksi Grafiti Jalanan Yang Sangat Hebat

Dalam banyak-banyak gambar aku rasa ini lah yang terbaik