Friday, 4 January 2013

"AfterShokz", Headphone Yang Berada Di Luar Telinga


Headphone terbaru yang diberi nama AfterShokz Bluez ini akan berfungsi dengan menggunakan teknologi Bluetooth dan Wireless dan akan dilancarkan sebagai headphone pertama di dunia yang digunakan pada luar telinga.

AfterShokz Bluez menggunakan pad tranduser yang terletak pada tulang pipi seseorang bagi membolehkan penghantaran audio terus ke telinga tanpa perlu menyumbatkan earphone secara terus ke telinga dan menggetarkan gegendang telinga seperti produk earphone dan headphone yang lain.

Rekaannya yang ringan dan stabil membolehkan pengguna mendengar lagu sambil mendengar bunyi sekeliling yang lain. Ciri ini sangat penting terutamanya untuk aktiviti luar di mana ia mementingkan kesedaran seseorang itu terhadap persekitaran dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti.

Oleh itu, tidak hairanlah jika rekaan AfterShokz Bluez ini dianugerahkan dengan Anugerah Inovasi Rekabentuk dan Kejuruteraan CES 2013 dalam kategori headphone serta dinamakan sebagai salah satu daripada 25 peserta separuh akhir dalam pertandingan Last Standing Gadget 2013.

Headphone ini akan dilancarkan pada acara CES 2013 di Las Vegas Convention Center pada 8 - 11 Januari 2013 pada harga US$129 seunit. Bagi pelanggan di Amerika Syarikat dan Kanada, pra-pesanan boleh mula dibuat di laman web syarikat.





No comments:

Post a Comment