PARIS - Syarikat peralatan Perancis,
Alcatel memperkenalkan model baharu One Touch Idol Ultra yang didakwa
telefon pintar paling nipis di dunia, lapor laman web infomobile.
Setebal
cuma 6.45 milimeter, gajet tersebut dipamerkan pada hari pertama
pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat
(AS) kelmarin.
Telefon pintar itu mempunyai skrin berukuran 11.9
sentimeter dan dijana pemprosesan dua teras berkapasiti 1.2 giga hertz
dan perisian Android 4.1 Jelly Bean.
Model terbaharu itu akan
mula dijual di China pada hujung bulan ini sebelum memasuki pasaran lain
di dunia termasuk AS dan Eropah
#Rebat RM200 korang dah ambil ke?
No comments:
Post a Comment